Monday, September 22, 2008

DI LADANG KAMBING DEN....



PETUA ORANG DULU-DULU BELO KAMBING:

http://aminagrotech.wordpress.com/

Petua orang tua-tua…kalau kambing sakit,

1) CIRIT-BIRIT

Bagi makan daun jambu batu….atau bagi makan buah ciku yang muda…tapi kenala hancurkan dulu buah ciku…takut tercekik plak nanti…lagi satu jangan lupa bersihkan kotoran/najis pada kambing yang terkena cirit untuk mengelakkan penyakit kulit…

2) KEMBONG

Mengikut kata beberapa orang pakar…chewah…air asam jawa atau air halia diberi minum pada kambing yang mempunyai masalah tersebut..

3) URI MELEKAT

Yang ni biasanya penternak akan gantung botol atau batu pada uri yang terkeluar tu…simple kan??

4) KUTU

Mandikan kambing dengan shampoo rejoice…hehehe…eh..mandikan dengan air garam…atau macam yang saya kata pada artikel sebelum ni…gosokkan abu kayu api pada badan kambing…abu kayu ni cubala pada rambut anda yang ade masalah kutu…mungkin mujarab juga…gurau jek…

5) KURAP

Kambing yang terkena kurap…ambil belerang, minyak masak dan sedikit minyak tanah…campur dan masak sehingga belerang tu cair…dah sejuk sapukan pada kulit kambing yang kurap…PERINGATAN! sekiranya di sapu semasa minyak tengah panas…kemungkinan dengan tangan anda akan berkurap..hehehe. Kalu malas nak sapu benda ni…anda boleh menggarukan sendiri badan kambing yang terkena kurap sehingga kambing tersebut suruh berhenti…hehehe…

Okla…itu aje yang saya nak kongsikan kali ni…bukan ape…sekarang ni ubat moden dah mahal…melampau plak tu harga dia…so sebagai alternatif tak salah kita gunakan ubat tradisional…ambil lah yang baik sebagai ilmu pengetahuan…yang saya melawak tu sebab nak hilangkan kebosanan…hehehe…jumpa lagi!



No comments: